Friday, March 14, 2014

HIDUP

Olla!

Pernah tak terfiir nak tahu future ? Pernah tak terfikir kalau lah dulu aku buat macam ni... Kalau lah dulu aku buat macam tu... I bet everyone must have thought this way, at least once in their lifetime. Alangkah indahnya kalau kita boleh tahu future. Mesti semua orang takkan pernah tersalah langkah, pasti semua orang kecapi bahagia. Tapi malangnya, tiada siapa yang terkuasa. Hidup ini indah. Hidup ini tak susah. Manusia yang buat hidup ni derita, manusia yang buat hidup ni tak bahagia, terseksa. Kenapa ? 

Sebab kononnya kita tahu segalanya. Kononnya kita tahu apa kehendak kita. Kononnya kita tahu apa yang kita perlu. Kebenarannya kita cuma bodoh, golongan yang angkuh. Yang mengaku bijak pandai. Yang mengaku tahu segala hal. Allah itu Maha Segalanya. Dia dah janji, minta lah padaNya sahaja, nescaya akan Dia kurnia. Tapi sayang, bila dah diminta, kita angkuh, kita berlagak. Tak mahu terima apa yang dikurnia, tak mahu bersyukur apa yang ada, konon bajet tahu ohh itu bukan yang aku mahu. Kan dah kata, bodoh. 

Apa yang ada, kita guna. Apa yang tak ada, kita terima. Sebab kita tak tahu future. Benda yang kau minta, itula yang benda kau perlu. Jangan berlagak tahu, andai berurusan dengan penciptamu. Nak hidup bahagia senang je, terima segala benda, dengan tangan terbuka. InsyaAllah ada hikmahnya. Ya, cakap memang senang. Nak buat dia, semua istighfar panjang. Tak kira lah sang muda, mahupun sang tua. Semuanya, serupa. Dah namanya pun insan, semua sama, mana ada sempurna. Tapi, apa gunanya yang namanya usaha ? Boleh je kita, berusaha berubah menjadi lebih baik. Takde sapa kata, benda tu tak baik. Kan ? So, percaya pada yang atas, apa yang Dia beri, kita ambil. Apa yang tak dibagi, kita jangan bebel. Mesti boleh rasa perubahan hidup, lebih bahagia. Hendaknya, Amin.

"When you expect less, the more unexpected things were about to come, to greet your expectation" 

Thanx fer da reading, peeps ;)

1 comment:

anys nadhilah said...

woahhh ! the interior design as well as the exterior one is marvellous ! by the way, I am Azliza's friend ;)